Hosting Oh Hosting

 

Salam. Agak lama blog ini tidak dapat diupdate kerana mengalami masalah hosting . Jadi terpaksa sekali lagi aku bertungkus lumus untuk menukar domain ini ke hosting lain yang mana pemiliknya lebih friendly. Bagi yang tidak tahu apakah hosting, biarlah aku cerita sedikit tentang hosting ni.

Hosting dalam bahasa yang mudahnya adalah tapak laman web kita. Jadi kita perlukan tapak yang sentiasa terbuka 24 jam untuk dikunjungi oleh orang tidak kira dimana mereka berada. Hosting pula terbahagi kepada yang percuma dan juga yang berbayar. Masalah yang aku hadapi ialah aku menggunakan hosting yang berbayar tetapi tawaran atau servis yang ditawarkan adalah terlalu lembap. Dalam kata yang lain, server untuk hosting ini selalu saja down yang menyebabkan orang ramai tidak dapat melayari web.

Diharap dengan penukaran hosting ini, beberapa web aku dapat dikunjungi semula oleh semua orang. Beberapa tips sebelum anda membeli hosting:

1. Mesti mempunyai Ruang storan yang mencukupi

2. Bandwith yang mencukupi

3. Boleh menggunakan domain sendiri

4.Bantuan teknikal 24 jam sehari atau 7 hari seminggu

5. Mempunyai alat bantuan perniagaan dalam c panel

6.Server yang stabil

Terdapat banyak company yang menawarkan servis hosting ni samaada dari company luar atau dalam negara. Jadi pastikan anda memilihnya dengan betul supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.

Powered by WordPress | Read Everything Palm Pre at PalmPreBlog.com | Thanks to iFreeCellPhones.com AT&T Cell Phones, MMORPG Reviews and Fat burning furnace review