Posted by danish on June 5th, 2010
Salam. sudah agak lama blog ini tidak diupdate. Bukan tak nak update tapi terlalu banyak kerja rasmi perlu disiapkan. jadi perlulah memberi keutamaan kepada yang rasmi terlebih dahulu.
Diam tak diam dah masuk bulan 6 dalam tahun 2010 ni. Sekejap ja rasanya masa berlalu. Banyak benda yang belum disetelkan lagi untuk tahun ini. Ini bermakna ada lagi 6 bulan untuk mencapai matlamat pada tahun 2010 ni. Rasanya masih ada masa lagi untuk mencapai ‘wishlist’ 2010 ni. Insyaallah boleh dilakukan.
Ni satu lagi problem yang masih belum dapat disetelkan. Masa dah ada tapi nak update blog bahasa inggeris tak boleh plak. Geram pun ada. masalah hosting lagi…..Tak habis habis masalah yang sama ja . geram betul….
Ini lah masalahnya bila kita guna hosting yang kurang terkenal. Untuk semua diluar sana, bila memilih hosting , pastikan ianya sudah pun diketahui ramai dan senang untuk kontek support diaorang . Bukan apa, kalau hosting down senang nak kontek. Jangan waktu nak beli ja friendly, bila ada problem, call tak angkat, emel tak balas, tension tul
Posted by danish on March 23rd, 2010

Setelah cuti seminggu, kini telah mula bekerja semula dengan semangat yang baru. Minggu ni agak sibuk dengan persiapan sukan sekolah dan juga mesyuarat agung PIBG. Dua peristiwa besar akan berlaku dalam seminggu. Pengetua dah putuskan bahawa sukan tahunan hanya diadakan kecil kecilan sahaja bagi memberi laluan kepada persiapan mesyuarat PIBG. Ini adalah kerana mesyuarat PIBG pada kali ini menerima tetamu yang tidak kurang hebatnya. Siapa? Tunggu dan lihat nanti….
Itu situasi di tempat kerja.. Bagi blog pula seperti biasa … mengupdate dan mencari job baru… dan satu perkara yang penting adalah sedang menunggu PR update dari google. Jika PR atau pagerank meningkat maka job atau kerja blogging pun akan bertambah mudah. Insyaallah. Apa pun blogging bukanlah skim cepat kaya…. Perlu masa untuk memberi kepercayaan kepada orang. Yang penting jangan give up…
Posted by danish on January 27th, 2010

Internet sebenarnya adalah sangat sangat berguna sekiranya kita memanfaatkannya dengan cara yang betul. Jika anda sudah mempunyai pekerjaan yang tetap pun masih boleh mendapatkan pendapatan tambahan dengan menyertai atau membuat bisnes melalui internet ini. Sekiranya anda sudah mempunyai pekerjaan tetap, adalah tidak digalakkan untuk berhenti kerja semasa memulakan perniagaan internet aatu semasa memulakan aktiviti blogging . Biarlah perniaagan itu betu-betul berjaya dan stabil. Jika sudah berjaya atau mendapat pendapatan melebihi gaji anda sekarang , maka terpulanglah kepada anda untuk berhenti atau tidak
Antara kelebihan perniagaan internet atau mencari wang melalui internet atau berblogging ialah:
1. Tiada batasan masa.
Jika kita seorang blogger, bila-bila masa pun kita boleh update blog kita. Blog hendaklah sentiasa diupdate supaya ‘advertiser’ berkenan dengan web kita .
2. Boleh bekerja dirumah atau dimana sahaja
Yang penting adalah talian internet.
3. Tiada gangguan daripada bos.
Kita lah bos sbenairnya. Kita perlulah fokus terhadap kerja internet yang kita buat ni.
4.Tiada pejabat. yang penting lokasi yang boleh melayari internet
5.Tidak perlu berjumpa dengan pelaggan. hanya berhubung melalui emel atau yahoo mesengger
6. Kos yang amat murah.
Kos untuk set up satu laman web hanya lebih kurang RM 100. untuk setahun. Kos tersebut adalah untuk domain dan juga hosting.
7. Lebih Masa untuk Bersama Keluarga
8. Pendapatan Dalam bentuk Matawang Asing.
Biasanya dalam USD. Nilai tukaran matawang asing dengan nilai ringgit adalah berbeza. Bayangkan jika kita dapat mencapai 300 hingga 400 usd sebulan. Jika ditukarkan dengan Ringgit Malaysia yang bersamaan 1 Usd = RM 3.3 , berapa yang kita akan dapat setiap bulan. Syoknya berblogging.
Posted by danish on January 25th, 2010
Salam. Agak lama blog ini tidak dapat diupdate kerana mengalami masalah hosting . Jadi terpaksa sekali lagi aku bertungkus lumus untuk menukar domain ini ke hosting lain yang mana pemiliknya lebih friendly. Bagi yang tidak tahu apakah hosting, biarlah aku cerita sedikit tentang hosting ni.
Hosting dalam bahasa yang mudahnya adalah tapak laman web kita. Jadi kita perlukan tapak yang sentiasa terbuka 24 jam untuk dikunjungi oleh orang tidak kira dimana mereka berada. Hosting pula terbahagi kepada yang percuma dan juga yang berbayar. Masalah yang aku hadapi ialah aku menggunakan hosting yang berbayar tetapi tawaran atau servis yang ditawarkan adalah terlalu lembap. Dalam kata yang lain, server untuk hosting ini selalu saja down yang menyebabkan orang ramai tidak dapat melayari web.
Diharap dengan penukaran hosting ini, beberapa web aku dapat dikunjungi semula oleh semua orang. Beberapa tips sebelum anda membeli hosting:
1. Mesti mempunyai Ruang storan yang mencukupi
2. Bandwith yang mencukupi
3. Boleh menggunakan domain sendiri
4.Bantuan teknikal 24 jam sehari atau 7 hari seminggu
5. Mempunyai alat bantuan perniagaan dalam c panel
6.Server yang stabil
Terdapat banyak company yang menawarkan servis hosting ni samaada dari company luar atau dalam negara. Jadi pastikan anda memilihnya dengan betul supaya tidak menyesal di kemudian hari.